Separuh akhir kriket antara negeri September

0
386

KUALA LUMPUR — Babak separuh akhir dan perlawanan akhir Kriket Antara Negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja akan bersambung pada awal September 2020.

Pembantu pengurusan Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Zainuddin Taib berkata, separuh akhir pertama di antara Tentera dengan Kelantan berlangsung pada 5-6 September di Bayuemas Oval manakala satu lagi pertemuan; Selangor menentang Negeri Sembilan 12-13 September.

Babak akhir dijadualkan tiga hari pada 17 hingga 19 Oktober 2020 juga di Bayuemas Oval.

Pertarungan bagi merangkul Perisai Raja-Raja itu dimulakan sejak tahun 1951 setelah perisai itu dihadiahkan oleh raja-raja Melayu pada 1950.

Kriket Melayu buat masa sekarang menunggu garis panduan perlawanan; berikutan masalah Covid-19 daripada Kementerian Belia dan Sukan dengan timbalan setiausahanya, Najib Hassan telah ditugaskan bagi mendapatkan makluman kerajaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here