Hilang kepercayaan kerana enggan mahu mengaku

0
564

Oleh Azizi Ahmad

MENERIMA  tanggungjawab adalah lebih dari sekadar mengatakan, “Saya dah melakukannya!”.

Permohonan maaf yang sebenarnya dan bertanggungjawab atas tindakan seseorang mempunyai empat elemen: kebenaran, pengakuan, pemulihan dan bertaubat.

Dua elemen pertama kelihatan cukup intuitif, kerana tanpa kebenaran dan pengakuan tidak akan ada permintaan maaf yang sahih.

Tetapi perkara penting yang diperlukan untuk memikul tanggungjawab seseorang hanya disampaikan melalui kebijaksanaan dan kekuatan watak.

Kebijaksanaan membuat kita tidak meletakkan diri kita dalam keadaan seperti yang mengundang kesalahan berulang dan kekuatan watak itulah yang menjadi asas kepada keputusan itu.

Pemimpin memerlukan piawaan penjagaan tambahan dalam menangani kepercayaan.

Setiap pemimpin harus berhati-hati dengan amalan dan perlakuan mereka mengenai kemungkinan konflik dan menghormati apa yang dimaksudkan dengan istilah itu.

Bukan sekadar melakukan perkara yang betul, penting untuk dianggap telah melakukan perkara yang betul.

Ancaman terburuk bagi wakil rakyat terutama pemimpin adalah kehilangan kepercayaan pemilih yang telah memilih mereka untuk menjalankan tugas.

Sekali lagi media dan portal harian, korupsi dan hak asasi di dalam sektor perkhidmatan awam dan swasta telah diperkatakan.

Banyak juga isu skandal terutama penyalahan gunaan kuasa di paparkan, dan mereka yang terlibat kerap dan selalunya menafikan dan seolah menyediakan dan mengikuti skrip penyediaan penafian mereka dan meminta maaf kerana melakukan kesalahan dan berjanji akan belajar dari kesalahan mereka.

Tetapi umum melihat dari kenyataan yang dikeluarkan ramai yang gagal belajar untuk tidak terperangkap lagi.

Kurangnya penyesalan dan ketelusan di atas permohonan maaf menunjukkan bahawa mereka tidak hairan dan menyesal kerana dituduh dan tidak menyesal atas apa yang telah mereka lakukan.

Berdasarkan catatan, ramai menganggap diri mereka diktator dengan tidak menghina sesiapa sahaja yang mempunyai keberanian untuk menyoal dirinya atau lingkaran dalamannya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here