Kebakaran hutan di Australia bunuh lebih 3 bilion haiwan

0
559

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

HAMPIR 3 bilion haiwan maut atau terlantar dalam beberapa kejadian kebakaran hutan sepanjang tahun lalu di serata Australia.

Menurut satu kajian saintis mendapati bahawa ia merupakan antara “malapetaka paling buruk dalam sejarah moden”.

Hasil kajian diterbitkan dalam satu laporan anjuran Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), lapor bbc.com.

Kebakaran besar yang melanda hampir semua negeri pada musim panas lalu itu telah memusnahkan kawasan hutan dan menyebabkan sekurang-kurang 33 orang terkorban.

Ia sekali gus membunuh jutaan reptilia, mamalia dan amfibia atau menyebabkan spesies tersebut terlantar kehilangan habitat.

Mulanya sewaktu kemuncak malapetaka tersebut pada Januari saintis menganggarkan bahawa hanya 1.25 bilion haiwan mati di New South Wales dan Victoria, bagaimana pun anggaran terbaharu yang merangkumi kawasan seluas 11.46 juta hektar daripada September hingga Februari mendapati jumlahnya jauh lebih tinggi.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here