Anak Musa Aman dilantik pengerusi Felcra

0
394

YAMANI Hafez, 42, anak bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dilantik sebagai pengerusi Felcra Berhad (Felcra) yang baru, berkuatkuasa hari ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Abd Latiff Ahmad menerusi satu kenyataan, hari ini berkata, pelantikan Yamani Hafez, yang adalah ahli parlimen Sipitang itu mampu membawa inovasi dan inisiatif baru bagi memacu Felcra.

“Saya percaya Yamani Hafez akan memperkenalkan semangat inovasi dan inisiatif tinggi melalui pengalaman luas beliau di sektor korporat, dalam memperhalusi hala tuju Felcra berdasarkan usaha usaha transformasi yang dimulakan pengurusan kanan diketuai Mohd Nazrul Izam Mansor,” katanya.

Yamani Hafez menggantikan Shabudin Yahya yang dilantik menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 6 Julai lalu.

https://bit.ly/33asXSh
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here