Covid-19: Hong Kong di ambang ledakan wabak besar-besaran

0
567

Oleh Fetty Rara

SISTEM hospital di Hong Kong dikhuatiri akan ‘lumpuh’ berikutan pergelutan untuk menangani lonjakan serius kes Covid-19.

Susulan itu Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam menasihatkan penduduk supaya mengurung diri di rumah kerana keadaan sekarang sangat menjurus kepada  penularan besar dalam komuniti, lapor bbc.com.

Pihak berkuasa telah mewajibkan pemakaian pelitup muka dan larangan makan di restoran.

Hong Kong yang berjaya mengekang penularan wabak tersebut kini menyaksikan lebih daripada 100 kes sehari, berbanding kurang daripada 10 kes sebelum ini.

Dalam satu kenyataan Lam memberi amaran bahawa jumlah kes yang terlalu banyak akan membawa kepada keruntuhan sistem hospital dan mengorbankan banyak nyawa, terutama golongan tua.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here