Vietnam juga berjaga-jaga risiko cetusan wabak Covid-19 sekali lagi

0
258
Lebih 80,000 pelncong domestik berada di Da Nang pada hujung minggu lalu.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

KERAJAAN Vietnam memberi amaran bahawa negara tersebut berdepan dengan risiko jangkitan Covid-19 meluas setelah penularan serius dikesan di bandar raya Da Nang.

Setelah tiga bulan lega tanpa sebarang kes, Vietnam kini mencatatkan sekurang-kurangnya 30 kes yang kesemuanya merebak di bandar raya percutian tepi laut itu, lapor bbc.com

Jika awal minggu ini Da Nang diarahkan tutup kepada semua pelancong, hari ini bandar raya itu diletakkan di bawah perintah ‘lockdown’ sepenuhnya.

Pihak berkuasa kini sedang berusaha untuk mengesan orang ramai yang berkunjung ke sana sebelum ini.

Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc semalam memberi amaran bahawa semua wilayah dan bandar raya di Vietnam berisiko dilanda jangkitan.

Beliau berkata virus kali ini berbeza daripada virus terdahulu setelah pihak kementerian kesihatan mendapati lapan kes tempatan yang mempunyai kaitan dengan kluster Da Nang menular ke Hanoi dan beberapa bandar raya lain.

Da Nang dilaporkan menerima kunjungan lebih 80,000 pelancong domestik pada hujung minggu lalu dan setelah beberapa kes dikesan ramai daripada mereka yang dijangkiti telah pulang ke kawasan masing-masing.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here