Universiti swasta pertama anjur pertandingan debat secara maya

0
150

Oleh Arrazaq Nazri

CYBERJAYA – Universiti Multimedia (MMU) muncul sebagai universiti swasta pertama di Malaysia menganjurkan pertandingan debat secara maya.

Penggunaan teknologi digital menjadi inisiatif baharu dalam perlaksanaan Pertandingan Debat Maya Universiti Multimedia (DMMU) 2020 yang berlangsung pada 10 hingga 12 Julai lalu, kata Pengarah program DMMU2020, Yusri Azpansyah.

Beliau berkata: “Acara ini merupakan satu pertandingan debat Bahasa Melayu ala Parlimen melibatkan pelajar dari 20 buah sekolah menengah di Malaysia iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Agama, Sekolah Menengah Harian Kerajaan dan Swasta.

“Pertandingan anjuran Sekretariat Debat Multimedia Universiti dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar MMU adalah pertama kali diadakan melibatkan kombinasi mahasiswa dan mahasiswi Multimedia Universiti Kampus Cyberjaya dan Melaka sebagai urus setia pertandingan yang turut mengisi masa lapang mereka ketika cuti semester,” jelas beliau dalam satu kenyataannya di sini.

Yusri berkata, pertandingan tersebut menonjolkan kepetahan para pelajar berhujah dan mempertahankan idea mereka melalui aplikasi Zoom dan dapat ditonton secara langsung menerusi Facebook dan YouTube Live di platform @DebatMayaMMU.

Katanya lagi, matlamat utama pertandingan itu adalah untuk membudayakan pengucapan awam selain memupuk keupayaan berfikir secara kritis pelajar-pelajar tentang isu-isu semasa melalui perbincangan perbahasaan, kajian dan menganalisis fakta sahih dan benar.

“Selain itu, pertandingan ini turut memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang merupakan antara elemen utama penilaian dan penghakiman debat,” kata Yusri sambil menambah pertandingan itu dirasmikan oleh Dr. Abdullah Sallehhuddin Abdullah Salim, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar MMU.

Pada pertandingan itu, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL), Negeri Sembilan muncul juara Pertandingan Akhir DMMU 2020 apabila berjaya mengalahkan Maktab Rendah Sains Mara Kuantan (MRSMKU), Pahang.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here