Siapa sebenarnya orang yang pintar?

0
318

Oleh Azizi Ahmad
“SIAPA sebenarnya Hakim Nazlan” bertarikh 29 Julai 2020 menceritakan mengenai sahsiah Yang Arif yang tidak banyak bercakap dan kesesuaian beliau menjadi hakim dan jenis tak banyak cakap”.

Saya tertawa sendirian kerana tentunya sebagai seorang ‘guru’ pastinya tidak boleh dilabelkan sebagai ‘bijak dan baik’ kerana banyak berbicara. Sedihlah begini tentunya.

Namun adalah mudah untuk berasa seronok jika  berada bersama mereka yang gemar  berbicara.

Masalahnya ialah ramai yang mengatakan pembicara tidak benar-benar tahu apa yang mereka bicarakan.
Mereka dikatakan menghabiskan banyak waktu untuk berbual tanpa benar-benar meluangkan masa untuk memikirkan apa yang mereka katakan.

Mereka terlalu sibuk mendengar hal sendiri dari  mendengar apa yang orang lain katakan.

Adalah mudah untuk menganggap bahawa orang yang paling kuat bersuara dan mampu mengeluarkan buah fikiran dan pandangan  di dalam bilik mesyuarat adalah yang paling pintar.

Sebenarnya, ini tidak selalu berlaku.

Orang yang paling pintar sebenarnya adalah orang yang paling tidak anda harapkan untuk menjadi pintar.

Mereka dengan sabar menunggu orang lain mengatakan apa yang perlu mereka katakan.

Mereka memilih untuk memasang telinga daripada mulut mereka.

Orang yang paling senyap adalah orang yang paling pintar; mereka yang kurang bercakap mempunyai kekuatan otak yang paling berfungi.

Anda setuju atau tidak dengan kenyataan diatas.

Biasanya mereka yang tidak banyak bercakap adalah ‘introvert’. Mereka adalah jenis kreatif, sangat pintar yang mendapat rangsangan daripada belajar dan bukannya bersosial.

Anda mungkin tidak menyedari mereka. Mereka lebih suka terbang di bawah radar, dengan senyap menghasilkan karya terbaik dan seni yang paling luar biasa.

Selalunya orang yang tenang dan diam menjadi yang orang yang paling menarik dan mengejutkan, bukan?

Mereka yang pendiam dan tenang terlalu sibuk berfikir untuk bercakap.

Orang yang pendiam dan tenang mungkin banyak untuk memperkatakan sesuatu, tetapi mereka menghadapi masalah untuk membentuk kata-kata yang sebenarnya kerana mereka beralih dari satu subjek ke subjek yang lain di dalam kepala mereka.

Mereka yang pendiam dan tenang, menulis dan membaca lebih banyak daripada mereka bercakap.

Mereka tidak menghabiskan masa lapang untuk bersuka ria; mereka menghabiskannya untuk membaca dan menulis.

Mereka  yang pendiam dan tenang mempunyai otak yang lebih kuat kerana mereka memerlukan masa untuk berfikir.

Menurut Majalah AARP , berdiam diri sebenarnya baik untuk kesihatan otak anda – kerana ini memberi peluang kepada fikiran anda untuk mengembara dan melantunkan semula apa yang anda fikirkan.

Orang yang pendiam dan tenang menumpukan masa untuk bertafakur.

Otak mereka menjadi lebih kuat kerana mereka tidak hanya mendengar sesuatu; mereka menganalisisnya.

Mereka yang pendiam dan tenang bukan penyendiri; mereka hanya menghargai pembelajaran daripada mengata-ngata atau gosip.

Sebilangan mereka yang pintar adalah orang introvert.

Menurut wawancara di Scientific America dengan Susan Cain, pengarang buku “Quiet: The Power of Introvert”: Penting juga untuk memahami bahawa introversi berbeza dengan rasa malu.

Malu adalah ketakutan terhadap penilaian negatif, sementara introversi hanyalah pilihan untuk kurang rangsangan.

Rasa ingin tahu mereka menarik minat mereka untuk belajar sebanyak mungkin.

Hanya kerana mereka tenang tidak bermaksud mereka antisosial; mereka lebih suka meluaskan fikiran lebih daripada suka membuka mulut.

Mereka yang pendiam dan tenang memilih kata-kata mereka dengan bijak.

Apabila orang lain sering berbual, mereka tidak memikirkan apa yang mereka katakan.

Orang yang pendiam dan tenang melihat sahaja apa yang orang lain katakan.

Mereka adalah orang yang reflektif.

Mereka tidak mahu mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah yang sudah dicemari dengan kebisingan.

Mereka mahu menambahkan makna kepada dunia.

Mereka yang pendiam dan tenang tidak menceceh atau mulut tempayan; mereka mendengar.

Orang yang paling pintar adalah orang yang diam mendengar dan menyerap semua yang diperkatakan di sekeliling mereka.

Fikiran dan pendapat mereka datang dari pengetahuan yang telah dikumpulkan dan disusun dengan teliti.

Apabila anda mendengar, anda menjadi pembuat keputusan yang lebih baik.

Sekiranya anda pendiam dan tenang, anda akan membuat keputusan yang bijak.

Anda tidak boleh membuat pilihan tepat tanpa mengetahui terlebih dahulu semua fakta.

Mereka yang ‘tong kosong’  terlalu sibuk mendengar diri mereka sendiri untuk benar-benar memahami apa yang mereka bicarakan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here