Rombongan Musa ditahan di laluan ke Istana Negeri

0
936
Konvoi hampir 10 buah kenderaan yang membawa bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan rombongan ke Istana Negeri untuk mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin tidak dapat meneruskan perjalanan selepas laluan ke istana di Bulatan Nanas itu ditutup pihak berkuasa. Konvoi yang dipercayai membawa 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Musa berkenaan tiba di laluan masuk ke istana itu kira-kira jam 3.50 petang. --fotoBERNAMA

KOTA KINABALU — Musa Aman bersama rombongannya ditahan di laluan ke Istana Negeri petang tadi.

Rombongan lebih 10 kenderaan itu ditahan di sekatan polis berhampiran Bulatan Nanas di Jalan Istana pada kira-kira 3.50 petang.

Belum dapat dipastikan tujuan rombongan berkenaan, namun Musa pada sidang media sebelum itu mengumumkan beliau mempunyai majoriti cukup untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau juga mempersoalkan kewajaran Ketua Menteri Shafie Apdal memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/30/rombongan-musa-ditahan-di-laluan-ke-istana-negeri/
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here