PALSU: Mesej Whatsapp tentang SOP baharu

0
811

Oleh Fetty Rara

SATU mesej tular yang dikongsi melalui Whatsapp berhubung pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam kenderaan dan premis makanan adalah palsu.

Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengesahkan bahawa mesej tersebut adalah palsu.

Mesej itu antara lain mendakwa bahawa sekiranya terdapat lebih daripada seorang daripada keluarga berbeza dalam sebuah kereta, kesemua wajib memakai pelitup muka.

Selanjutnya dinyatakan juga bahawa hanya dua orang dibenarkan berada di dalam kereta kecil, seperti Perodua Axia kononnya untuk memastikan ‘penjarakan fizikal’ (penjarakan sosial), sementara bagi kenderaan besar pula, seperti kenderaan jenis SUV, perlu ada ruang tempat duduk kosong di antara dua orang.

Bagi SOP di premis makanan pula, mesej palsu tersebut mendakwa bahawa hanya dua orang pelanggan dibenarkan duduk di meja kecil, sementara bagi meja besar hanya empat orang.

Dengan SOP pemakaian pelitup muka diwajibkan bermula hari ini (1 Ogos), mesej berkenaan juga mendakwa bahawa orang ramai perlu sentiasa memakainya semasa menunggu pesanan makanan, bercakap, menggunakan telefon dan ketika membaca surat khabar.

Dakwaan lain termasuk larangan meletakkan pelitup muka di bawah dagu, tergantung pada telinga atau di atas meja, tetapi sebaliknya perlu diletakkan di dalam poket atau beg tangan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here