Polis saman 20 individu tidak pakai pelitup muka di R&R

0
633

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

BUTTERWORTH – Polis menahan 20 orang kerana tidak memakai pelitup muka ketika berkumpul di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam ada pukul 1.50 pagi tadi (Sabtu).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kesemua yang berusia 20an itu didapati berkumpul tanpa memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Kesemua yang ditahan dikenakan kompaun RM1000 seorang kerana gagal mematuhi penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Noorzainy berkata pihak polis tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang gagal mematuhi SOP.

Menurut beliau pihak polis juga akan terus memantau pemakaian pelitup muka dalam kalangan orang ramai.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here