Hong Kong buru aktivis melarikan diri

0
175
SIMON Cheng (kiri, Nathan Law (kanan),

Oleh Fetty Rara

POLIS Hong Kong sedang mencari enam aktivis pro-demokrasi yang tinggal dalam buangan di beberapa negara barat, termasuk di United Kingdom.

Menurut media kumpulan tersebut termasuk bekas kakitangan konsulat UK Simon Cheng, aktivis terkenal Nathan Law dan warga negara Amerika Syarikat Samuel Chu.

Kesemuanya dikehendaki kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan baharu yang dikuatkuasakan oleh Beijing di Hong Kong.

Apabila dihubungi pihak polis Hong Kong enggan memberi sebarang komen.

Perkembangan terbaharu itu menyusul setelah pilihan raya perundangan yang dijadualkan berlangsung pada September ditangguhkan setahun oleh kerajaan Hong Kong semalam.

Kerajaan Hong Kong berkata penangguhan dirasakan perlu kerana lonjakan jumlah kes Covid-19 di wilayah tersebut, tetapi ditolak oleh pihak pembangkang yang menyifatkannya sebagai hanya alasan bagi kepentingan diri.

Bagi White House apa yang berlaku dianggap tindakan untuk mengetepikan demokrasi.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here