Huawei kini No.1 di dunia atasi Samsung, Apple

0
259

LARIS… Huawei berjaya memintas Samsung dan Apple untuk muncul sebagai penjual telefon pintar terlaris di dunia dalam suku kedua 2020 di sebalik permintaan domestik kukuh di China.

Demikian lapor firma penjejak industri Canalys yang berkata, rekod itu dicapai meskipun Huawei sedang teruk berdepan sekatan Amerika Syarikat (AS) dan kemerosotan jualan di luar negara.

Syarikat terkemuka China itu dilapor telah jual 55.8 juta unit peranti pelbagai model sekali, gus pintas Samsung dari Korea Selatan buat kali pertama yang hanya rekod sebanyak 53.7 juta unit.

Kejayaan meraih gelaran nombor satu itu menandakan suku pertama dalam sembilan tahun ada sebuah syarikat selain Samsung atau Apple yang telah dahului pasaran global, kata Canalys.

Bagaimanapun sekatan kerajaan AS telah ‘jejas’ perniagaan Huawei di luar pasaran China tetapi ia berjaya kuasai pasaran dalam negara itu yang kebetulan dilanda pandemik wabak Covid-19.

Hasilnya, lebih 70 peratus daripada telefon pintar Huawei dijual di China sekarang, kata Canalys malah kumpulan penyelidikan itu berkata, Samsung cuma mampu ‘tawan’ pasaran amat kecil.

Huawei dalam pada itu menerusi kenyataan berkata, pencapaian itu ialah tanda ‘ketahanan luar biasa’ namun akui hantaran di luar negara merosot hampir satu pertiga dalam suku kedua 2020.

Bahkan penganalisis Canalys, Mo Jia turut mengingatkan kekuatan di China sahaja adalah ‘tidak cukup untuk Huawei kekal di tempat teratas sebaik sahaja ekonomi global mula kembali ‘pulih’.

“Rakan utama di rantau besar, Eropah, semakin was-was terhadap Huawei, lantas ia menerima model yang kurang popular dan bawa masuk jenama baharu untuk kurangkan risiko,” kata Mo.

Huawei diasaskan jurutera tentera China, Ren Zhengfei pada 1987 berpusat di Shenzen, wilayah Guangdong dengan kini ia memiliki 194,000 pekerja serta peranti itu dieksport ke 170 negara.

Ironi, beberapa negara termasuk AS, sudah ‘haram’ produk Huawei atas dakwaan teknologi 5G keluaran syarikat itu sebenarnya alat intip kerajaan China bagi curi maklumat rahsia ketenteraan.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here