Berpuluh maut setelah minum arak beracun

0
1058

Oleh Fetty Rara

SEKURANG-kurangnya 86 orang maut sejak beberapa setelah meminum arak beracun yang dihasilkan tanpa lesen di wilayah Punjab, India.

Polis yang melancarkan operasi besar-besaran semalam telah membuat serbuan ke atas lebih daripada 100 kilang haram yang mengeluarkan arak tersebut, lapor bbc.com.

Setakat ini 25 orang telah ditangkap.

Jumlah mangsa keracunan semakin meningkat setiap hari.

Di India beratus orang maut setiap tahun disebabkan arak beracun yang dikilangkan di lorong-lorong belakang.

Jumaat lalu Ketua Menteri Punjab Amarinder Singh mengarahkan siasatan segera ke atas kes terbaru itu.

Menurut laporan media tempatan kesemua arak beracun tersebut mungkin dihasilkan secara pukal dan kemudian dijual kepada pengusaha kedai-kedai kopi jalanan sebelum diedarkan kepada orang ramai.

Kes terbaharu menyusul selepas beberapa kematian pada Jumaat lalu yang dikatakan berpunca daripada penagih meminum cecair pembersih tangan di Andhra Pradesh, selatan India.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here