[VIDEO] Angkasawan NASA kembali ke bumi: Kapsul turun di laut

0
615

Oleh Fetty Rara

DUA angkasawan Amerika telah ‘mendarat’ dengan selamat di laut berhampiran Florida, dalam apa yang dianggap sebagai misi komersial pertama ke Stesen Angkasa lepas Antarabangsa (ISS).

Kapsul SpaceX Dragon yang membawa Doug Hurley dan Bob Behnken kemudian diangkat naik ke sebuah kapal dan seterusnya menjalani prosedur bagi mengeluarkan kedua-dua angkasawan tersebut, lapor bbc.com.

Pendaratan tersebut menandakan yang pertama dilakukan di laut sejak pendaratan modul induk Apollo terakhir 45 tahun lalu.

Sejurus dikeluarkan daripada kapsul, Hurley berkata beliau amat berbangga kerana telah menyempurnakan misi mereka.

SpaceX dan NASA mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kedua-dua angkasawan tersebut di atas kejayaan misi itu.

Misi SpaceX dan NASA itu juga menandakan permulaan era baharu bagi Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Bermula daripada sekarang kesemua keperluan pengangkutan manusia di ruang angkasa bumi akan dibeli daripada syarikat-syarikat swasta, seperti SpaceX.

Bagi kerajaan AS melalui kontrak pembekalan dengan pihak syarikat angkasa lepas swasta kerajaan akan dapat menjimatkan berbilion dolar dan seterusnya menyalurkan wang untuk misi penghantaran angkasawan ke bulan  dan kemudian ke planet Marikh di bawah program Artemis.

Kapsul Dragon dilancarkan ke stesen ISS pada akhir Mei lalu menggunakan roket Falcon 9 yang juga dibekalkan oleh syarikat SpaceX.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here