Tik Tok: Trump akan bertindak ke atas perisian buatan China dalam beberapa hari

0
719

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

DALAM beberapa hari lagi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan mengambil tindakan ke atas perisian buatan China yang beliau menganggap sebagai risiko kepada keselamatan negara.

Menurut Setiausaha Negara AS Mike Pompeo antara yang disasarkan termasuk aplikasi popular Tik Tok yang dikatakan diguna bagi menyalurkan data keselamatan AS ke Parti Komunis China, lapor bbc.com.

Kenyataan beliau menyusul beberapa hari selepas Trump sendiri mengumumkan bahawa beliau akan mengharamkan aplikasi Tik Tok di AS.

Syarikat pengendali Tik Tok, bagaimana pun menyangkal dakwaan Trump kononnya saham-saham syarikat berkenaan dikawal dan dikongsi bersama kerajaan China.

Bercakap kepada Fox TV, Pompeo berkata tindakan itu akan diambil keranan memandangkan sebahagian besar aplikasi buatan China didapati menimbulkan risiko yang dikaitkan dengan Parti Komunis China.

Menurut beliau lagi terlalu banyak syarikat teknologi China yang beroperasi di AS dipercayai menyalurkan maklumat sensitif kepada kerajaan China melalui penggunaan aplikasi pengecaman wajah, alamat, nombor telefon dan butiran kenalan pengguna.

Tik Tok yang dimiliki oleh syarikat China Bytedance mempunyai lebih 80 juta pengguna di AS.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here