Muka baharu isi jawatan setiausaha, bendahari

0
754
AZEMI AZiZAN

KUALA LUMPUR — Tan Sri Khalid Yunus kekal tanpa bertanding untuk memegang jawatan Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) yang akan mengadakan mesyuarat agung tahunan 8 Ogos 2020 di Kelab Darul Ehsan, Ampang dekat sini.

Bekas timbalan menteri itu mula memegang jawatan berkenaan sejak tahun 2017.

MANSOR PUTEH

Bekas Pengurus Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Ruseminah Ahmad kekal sebagai timbalan presiden tanpa dicabar.

Lima ahli jawatankuasa biasa bagi musim 2020-2023 juga tidak dicabar. Mereka ialah Mohamed Jusoh, Balbeer Singh Kotli dan tiga pendatang baharu, Noor Sarah Abdullah, Khalijah Jamudin dan Mansor Puteh.

NOOR SARAH

Semua jawatan itu disahkan tidak ditandingi setelah pencalonan ditutup 1 Ogos 2020.

Jawatan setiausaha, penolong setiausaha dan bendahari akan dilantik menerusi persetujuan jawatankuasa dalam mesyuarat sebaik sahaja selesai mesyuarat agung itu.

Bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar, Rahim Omar disebut-sebut bakal dilantik sama ada setiausaha atau penolong setiausaha.

RAHIM OMAR

”Kami masih berbincang kerana ada dua lagi calon yang dirasakan sesuai,” kata Setiausaha KVUM, Rosle Azmi yang enggan dilantik semula.

Jawatan bendahari akan diisi oleh bekas Pengurus Pengeluaran Utusan, Azemi Azizan setelah Rahimah Hassan mohon direhatkan.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here