Penjual pelitup muka dapat ‘durian runtuh’

0
274
Penjual pelitup muka online, Faizal Abdul Wahid.

Oleh Arrazaq Nazri

KLANG  — Para peniaga pelitup muka mendapat durian runtuh, apabila pihak Kerajaan mewajibkan pemakaiannya bermula 1 Ogos di seluruh negara, bagi mengekang pandemik Covid-19 yang meningkat semula di beberapa kawasan.

Menurut seorang peniaga dalam talian, Faizal Abd. Wahid, beliau yang menjual pelitup muka tempahan khas Kelab Peminat Anak Selangor (ASFC) mendapat tempahan sekali ganda sejak beberapa hari lalu.

“Selain untuk keselamatan dan kesihatan, pelitup muka yang saya jual mempunyai corak yang menarik.Biasanya tempatan 10 hingga 20 sehari kini ia meningkat 50 unit sehari.

Pemilik kedai runcit, Ramu Sitambaram (kanan) sedang menyerahkan pelitup muka yang dibeli seorang pelanggan.

“Alhamdulillah jualan semakin meningkat sejak pelitup muka diwajibkan 1 Ogos lalu. Kesedaran memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal menjadi faktor utama permintaan meningkat,”katanya.

Faizal berkata, orang ramai boleh menghubungi beliau di talian 0192822650 dan melihat informasi tentang pelitup muka di www.asfc.com.my.

Beliau menambah, pelitup muka keluarannya mendapat sambutan menggalakkan dari seluruh negeri termasuk telah dihantar ke Sabah atas permintaan sahabat ASFC yang bekerja di sana.

Sementara itu pemilik Restoran Makan-Makan yang menjual pelitup muka, Mohd.Shahrin Mohd.Tamin,42, di Taman Seri Andalas berkata, jualan pelitup muka di restorannya meningkat 100 peratus.

“Saya mensyaratkan pelanggan untuk membeli pelitup muka agar mereka tidak dikompaun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Setakat pagi ini saya telah menjual tiga kotak kira-kira 90 unit dengan harga RM1.50,”katanya.

Pengusaha restoran, Mohd.Shahrin Mohd.Tamin.

Jelasnya, kepada kebiasaannya beliau menjual satu karton pelitup muka dengan harga RM50 hingga RM60.

Pemilik kedai runcit di Klang, Ramu Sitambaram berkata, beliau telah menjual dua kali ganda jumlah pelitup muka yang dijual pada hari biasa sejak kelmarin.

Katanya, hukuman tegas sebanyak RM1000 bagi sesiapa yang ingkar memakai pelitup muka menyebabkan jualan produk tersebut laku bak goreng pisang panas.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here