Sengaja batuk ke arah pengadil, pemain bola sepak dilayangkan kad merah

    0
    264

    WASPADA… Bimbang dijangkiti Covid-19, pemain yang sengaja batuk ke arah pengadil atau pemain pasukan lawan dalam perlawanan di England ketika ini boleh dilayangkan kad merah.

    Ia antara garis panduan baharu yang dikeluarkan oleh pihak Persatuan Bola Sepak England (FA) susulan peningkatan kes positif akibat pandemik virus bahaya itu di seluruh Britain.

    Menurut media tempatan, arahan kepada pengadil yang bertugas ketika penularan wabak Covid-19 masih berleluasa itu telah berkuat kuasa serta merta meliputi semua peringkat perlawanan.

    FA menyatakan bahawa tindakan itu harus diambil jika pengadil yakin si pemain dengan sengaja dan dari jarak dekat, batuk ke arah muka pemain lawan atau pegawai pada perlawanan tersebut.

    Dokumen peraturan persatuan itu juga merujuk kesalahan berkenaan tertakluk di bawah kategori penggunaan bahasa dan/atau tanda isyarat yang menyinggung, menghina selain berbaur kasar.

    “Namun, jika insiden itu kurang serius sehingga menyebabkan si pemain tidak diperintah keluar padang, satu amaran boleh dikeluarkan pengadil bagi perbuatan tiada semangat kesukanan.”

    Peringatan keras berkenaan menurut FA, untuk menunjukkan bahawa kelakuan batuk si pemain itu boleh dianggap sebagai satu bentuk perasaan kurang hormat terhadap permainan tersebut.

    Pengadil bagaimanapun tidak boleh hukum perbuatan batuk yang biasa dan perlu mengingatkan pemain supaya elak daripada meludah ke padang, meskipun ia bukannya satu perbuatan salah.

    Dianggarkan ada kurang 100 pengadil bertaraf kebangsaan di England dan mereka ini dianggap profesional dibayar gaji tetap sehingga ada yang mampu cecah £70,000 (RM386,000) setahun.

    BebasNews
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here