Trump mahu kerajaan pegang sebahagian kepentingan jika Tik Tok AS dibeli daripada China

0
648

Oleh Fetty Rara

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump berkata sebahagian daripada pegangan syarikat Tik Tok AS perlu dimiliki oleh kerajaan jika ia dibeli oleh sebuah syarikat swasta.

Trump berkata beliau menuntut sebahagian besar kepentingan ekoran pembelian itu melalui telefon kepada Microsoft.

Menurut WSJ beliau turut memberi amaran akan mengharamkan aplikasi yang dimiliki oleh syarikat China ByteDance pada 15 September depan sekira tiada sebarang persetujuan dicapai.

ByteDance kini berdepan dengan tekanan supaya menjual kepentingannya dalam Tik Tok di AS susulan tindakan Trump untuk menutup syarikat-syarikat teknologi China di negara itu.

Pentadbiran Trump mendakwa Tik Tok dan beberapa aplikasi China lain menyalurkan data keselamatan AS kepada kerajaan China, tetapi tuduhan itu disangkal oleh China.

Merujuk kepada usaha untuk membeli Tik Tok (AS) Trump mengingatkan bahawa memandangkan bahawa pentadbiran beliau yang memungkinkan pembelian itu maka sepatutnya kerajaan diberikan pegangan.

Selain itu, desakan supaya bayaran dibuat kepada pihak perbendaharaan AS telah merumitkan lagi keadaan.

Ini kerana menurut pakar perundangan desakan begitu adalah di luar kebiasaan.

Seorang peguam korporat terkemuka, Nicholas Klein berkata kerajaan AS tidak berhak untuk mendapatkan sebarang imbuhan dalam apa jua urusan syarikat swasta.

Perbincangan untuk mengambil alih Tik Tok (AS) terbantut pada Jumaat apabila Trump berkata bahawa beliau tidak menentang rancangan Microsoft untuk membeli  syarikat tersebut.

Bagaimana pun memandangkan sekarang Trump telah menyetujui pembelian itu dalam apa yang dilihat sebagai tindakan ‘U-Turn’ tergesa-gesa oleh White House, namun jangka masa singkat yang ditetapkan oleh Trump sebelum ini semakin merumitkan keadaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here