Kecanggihan teknologi Israel gagal kekang Covid-19

0
543

AKHIR Jun lalu, Israel bangga ‘canang’ seluruh dunia apabila berjaya cipta pelitup separa muka boleh pakai semula mampu tapis 99 peratus bakteria termasuk virus paling bahaya, Covid-19.

Ironinya di sebalik kecanggihan teknologi ‘negara haram’ Yahudi itu, jumlah pesakit positif akibat wabak maut tersebut makin bertambah hingga cecah lebih 74,000 kes dan hampir 600 kematian.

Senario aneh itu cetus banyak persoalan penting mengenai sistem penjagaan kesihatan awam Israel konon antara terbaik di dunia tetapi jadi bahan jenaka netizen dek tiada beza dengan negara mundur.

Rahsia kegagalan mengawal penularan Covid-19 terbongkar apabila pakar badan pemikir ternama Israel mendedahkan puncanya adalah kelemahan badan perisikan domestik negara berkenaan sendiri.

Dr. Tehilla Shwartz Altshuler memberitahu sebuah akhbar tempatan bahawa isu itu tidak berlaku jika Agensi Keselamatan Israel atau dikenali Shin Bet ‘membuat kerjanya’ dengan baik.

Malangnya, perkhidmatan pengintipan rejim Zionis di bawah Pejabat Perdana Menteri Israel itu gagal menghentikan gelombang kedua Covid-19 sejak kes pertama direkodkan pada 21 Februari lalu.

Altshuler turut bongkar permasalahan itu menerusi kertas dasar yang baharu hasil kajiannya yang bertajuk “Digital Contact Tracing and the Coronavirus: Israeli and Comparative Perspectives.”

Beliau yang juga Ketua Institut Demokrasi Israel bersama rakannya, Rachel Aridor Hershkovitz, dalam laporan penyelidikan itu mendakwa, Shin Bet banyak bergantung alat teknologi moden.

“Walhal, itu cuma peralatan biasa, tidak boleh ganti kaedah ujian saringan, pengesanan kontak pesakit atau penjarakan sosial yang sepatutnya dipertingkatkan,” tambah wanita tersebut lagi.

Justeru, Altshuler dalam nada sinis berkata, tindakan Shin Bet hanya guna peranti canggih bagi jejak pesakit Covid-19 telah ‘tukar imej’ Israel daripada negara demokrasi kepada ala diktator.

Pakar geopolitik itu secara jujur akui bahawa teknologi canggih macam mana sekali pun tidak mampu selamatkan Israel daripada dijangkiti wabak maut tersebut dalam jangka masa panjang.

Bahkan, Altshuler juga menegur Kementerian Kesihatan Israel kerana terlalu bergantung penuh kepada program pemantauan Shin Bet yang asalnya direka bagi intip ejen musuh di negara itu.

Hasilnya kini negara Zionis itu ujarnya, tanggung aib apabila 20 peratus individu dijejaki Shin Bet tidak dikawal untuk skim pengasingan dan tanpa sedar telah sebar Covid-19 kepada orang lain.

Pada masa sama, Altshuler luah hairan kempen kerajaan bagi galak rakyat muat turun HaMagen masih lagi gagal, malahan ramai dikesan nyah aktif aplikasi itu daripada telefon pintar mereka.

“Siapa penjejak dan siapa dijejak? Akhirnya data dikumpul tidak diyakini tepat, padahal teknologi tidak boleh ganti kaedah asas penjejakan di lapangan sebenar yang lebih praktikal, jelas beliau.

Shin Bet yang wujud sejak 1949, amat digeruni warga Israel sendiri kerana reputasi kecekapan perisikan dalam negeri dan bekerjasama rapat dengan agensi pengintipan luar negeri, Mossad.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here