Motivasi Aman Ra menerusi Semangat Impian

0
364
Mahu setiap orang mempunyai impian dan berusaha untuk merealisasikannya.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

JANGAN malu menjadi budak flat kerana kejayaan seseorang bukan diukur pada keluasan rumah yang didiami tapi kepada semangat diri yang dimiliki.

Lihat saja lagu berkisar budak flat yang terdapat dalam lirik lagu Bangun, dendangan Aman Ra atau Aman Jamaluddin, 33,  siapa sangka menjadi siulan ramai.

Malah lagu ciptaan Navigator itu turut dipilih sebagai naib juara Anugerah Juara Lagu ke-34.

Lagu berentak hip hop itu bukan sekadar hiburan semata-mata tapi liriknya kalau dilihat adalah kata-kata motivasi kepada sesiapa yang mendengar.

Aman Ra tampil dengan single Semangat Impian.

Ternyata kejayaan lagu Bangun membuatkan Aman Ra tidak henti di situ saja, sebaliknya beliau terus mencipta lagu kesinambungan yang masih berkisar tentang budak flat menerusi lagu Semangat Impian.

Semangat Impian secara tidak langsung menggambarkan perjalanan kehidpan peribadinya bagi mencapai impian dalam bidang seni.

“Saya hasilkan lagu ini dengan niat dapat memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat Malaysia untuk tidak berputus asa dalam usaha menggapai mimpi mereka.

“Menerusi lagu dan lirik lagu ini, saya mengharapkan agar ia menjadi pembakar semangat dan memberi inspirasi untuk selalu berpegang pada impian, sentiasa berusaha untuk mengatasi segala rintangan demi mencapai impian,” katanya penuh harapan.

Tak salah untuk berangan asalkan berusaha.

Jelas Aman Ra, jika seseorang itu mempunyai keazaman dan kepercayaan, insya-Allah segala rintangan dapat diatasi demi merealisasi impian masing-masing.

“Video muzik Semangat Impian menonjolkkan aspirasi dua pemuda iaitu pemain bola sepak gaya bebas, Muhammad Ariff Abd. Karim yang pernah mewakili Malaysia ke peringkat dunia dan pelakon muda, Mohd. Daniel Emirrul; di mana cerita mereka menggambarkan kegigihan dan semangat untuk mencapai matlamat masing-masing.

“Menerusi lagu dan lirik lagu ini, saya mengharapkan agar ia menjadi pembakar semangat dan memberi inspirasi untuk selalu berpegang pada impian, sentiasa berusaha untuk mengatasi segala rintangan demi mencapai impian,” ujarnya.

Semangat Impian boleh didapati di semua platform digital dan video muzik rasmi boleh ditonton di saluran AmanRAVEVO di YouTube.

Single baharu ini berkisar tentang perjalanan hidupnya menggapai impian dalam bidang seni.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here