Nikah aneh warga asing resahkan penduduk

2
7240
MOHD. Fadzil Ramli (depan,dua dari kanan) dan Nazilah Idris (kiri), melihat seorang penduduk menunjukkan klip video pernikahan aneh melibatkan warga asing dan wanita tempatan di pangsapuri tersebut.

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM — Pernikahan aneh yang tular di dalam kumpulan WhatsApp dan Facebook melibatkan warga asing dengan seorang warga tempatan menimbulkan keresahan penduduk Pangsapuri Alora/Mediterranean 1 di Seksyen 25 di sini.

Video berdurasi dua minit 9 saat memaparkan tiga lelaki dipercayai warga Bangladesh, seorang wanita berusia dan wanita muda sedang melakukan upacara bernikah yang mana dua lelaki dan wanita berusia tersebut bergabung tangan semasa akad nikah diadakan.

Menurut Pengerusi Perbadanan Pengurusan Bersama Pangsapuri Alora/Mediterranean 1, Mohd.Fadzil Ramli, pernikahan yang tular di media sosial tersebut didakwa berlaku di salah sebuah rumah di pangsapuri tersebut.

“Isu yang berbangkit yang tular di media sosial apabila warga asing melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya dalam kawasan kita apabila dia melakukan upacara nikah kahwin dengan warga tempatan.

“Dia melakukan upacara nikah secara sendiri dengan perempuan Melayu tanpa pengesahan. Saya tidak pasti sama ada dia ada tawarkan duit dan apa tujuannya sama ada untuk mendapatkan lesen perniagaan atau tujuan apa,”katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pangsapuri Alora Mediterranean 1 di sini hari ini.

MOHD. Fadzil Ramli menunjukkan gambar saspek yang terlibat dengan pernikahan aneh melibatkan warga tempatan.

Mohd.Fadzil berkata, beliau menyedari sejak dua minggu lalu satu klip video yang tular di media sosial memaparkan aktiviti pernikahan yang luarbiasa melibatkan penghuni pangsapuri tersebut, dua lelaki warga Bangladesh yang dikenali sebagai Md.Ali dan Faruk serta seorang perempuan agak berusia.

Katanya lagi, Md.Ali dan Faruk yang sebelum ini sudah tiga tahun tinggal di pangsapuri itu telah menghilang diri setelah pihak penduduk membuat laporan polis dan kisah nikah yang luar biasa tersebut ‘panas’ di media sosial.

Sementara itu Pengerusi NGO, Persatuan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor, Datuk Nazilah Idris ketika ditemui di sini berkata, apa yang dipersoalkan pihaknya dan penduduk pangsapuri adakah pernikahan tersebut sah atau tidak di sisi agama Islam dan undang-undang negara kita.

“Pernikahan ini saya percaya ada kaitan dengan sindiket pernikahan palsu yang menjadikan wanita kita sebagai mangsa. Perkara ini berlaku kerana mereka menggunakan nama wanita tempatan untuk mendapatkan lesen perniagaan.

“Tindakan ini berlaku disebabkan Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan undang-undang melarang warga asing berniaga di negeri ini. Dengan ini kami mendesak pihak berkuasa bertindak tegas membanteras peniaga warga asing,”katanya.

Justeru katanya, pihaknya akan melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) untuk mendesak pernikahan yang dilakukan tanpa tauliah dan aneh tersebut diambil tindakan kerana ia jelas suatu ajaran yang sesat.

-BebasNews

Please follow and like us:

2 COMMENTS

  1. Ada syarat temuduga klu kahwin warga asing otomatik lesen niaga tidak di benarkan memohon ssm lesen buka kedai tidak dibenarkan itu lah syarat2 baru undang2 baru itu baru telus kerana kahwin warga asing dan tidak layak untuk mohon bsh bantuan sara hidup dari kerajaan Malaysia dan apa pun kemudahan yang rakyat Malaysia dapat dari kerajaan

  2. Dan satu lagi taraf untuk jadi warga Malaysia tidak layak sama sekali dan kerajaan mesti semak balik ic biru yang diberi kepada warga asing yang alasan nya kerana dia ahli sukan sama ada pemain bola sepak ka itu tidak sekali banyak orang2 yang tinggal di Malaysia lebih 40 tahun tidak di beri taraf warga negara kenapa ada dauible srabdart

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here