Sembilan syarikat bayar zakat hampir RM23 juta

0
557
Pembayar zakat perniagaan,wakil TNB, Amir Hamzah (tiga dari kanan) menyerahkan replika cek sebagai simbolik penyerahan zakat perniagaan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di Shah Alam.

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM — Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada 9 syarikat korporat kepada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM22,973,247.69 yang disempurnakan dalam satu upacara di Istana Bukit Kayangan di sini.

Sembilan syarikat korporat berkenaan adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB), UMW Holdings Berhad, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat), Kumpulan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), Anih Berhad, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), Maybank Islamic Berhad dan Northport (Malaysia).

TNB yang diwakili Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mendahului senarai syarikat korporat dengan jumlah bayaran zakat perniagaan sebanyak RM5,389,531.68.

Penyerahan kedua diikuti UMW Holdings Berhad yang diwakili Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman selaku Pengerusi Kumpulan dengan jumlah zakat perniagaan sebanyak RM4,147,654.50.

Ia diikuti MPOB yang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2,582,879.90 dengan diwakili Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Bank Rakyat pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rosman Mohamed yang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2,538,145.

Manakala syarikat pengurusan alam sekitar Malaysia yang terlibat dalam pengurusan sisa dan bahan buangan, pelupusan sisa pepejal iaitu Alam Flora diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Zain Hassan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,989,848.12.

Anih Berhad menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,976,921.45 dan syarikat tersebut diwakili Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MTD, Mohamad Husni Abdul Mutalib.

Tidak terkecuali BERNAS diwakili Pengarah Urusannya, Ismail Mohamed Yusof menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,797,366.05 kepada baginda.

Sementara itu, Maybank Islamic Berhad diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Shahrizan Sulaiman menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM1,300,000.

Penyerahan terakhir dilakukan Northport (Malaysia) Bhd dengan nilai zakat berjumlah RM1,250,901 dan bayaran diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Shah Mohd Yusof.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan kesemua syarikat korporat yang hadir itu menunaikan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2019.

Hadir sama dalam upacara berkenaan adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohammed Khusrin Munawi dan Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail serta Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here