Respons media MCW berkenaan pendakwaan kes terowong – YB Lim Guan Eng

0
635
FOTO: NSTP.

MCW menyokong penuh usaha pencegahan rasuah yang dilakukan oleh SPRM dalam semua sudut demi memastikan Malaysia bersih daripada ancaman rasuah.

Kami amat bersetuju dengan tindakan dan siasatan yang dilakukan sehingga berjaya membawa individu-individu terbabit ke muka pengadilan yang diambil tanpa mengira pangkat dan kedudukan waima pelaku adalah seseorang pemimpin terulung negara.

Perbuatan rasuah tetap kesalahan besar di sisi undang-undang walaupun sering dijadikan isu untuk dipolitikkan oleh semua pihak terbabit.

Dalam hal ini, MCW sarankan kita sama-sama beri peluang kepada peguam-peguam beliau berhujah di dalam mahkamah bila kes bermula nanti.

MCW juga berharap proses pengadilan ini berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan atau desakan yang tidak sepatutnya dari mana-mana pihak.

Pihak YB Lim juga pastinya mempunyai ruang secukupnya untuk menunjukkan bukti dan keterangan bagi menafikan penglibatan beliau terhadap segala tuduhan tersebut.

MCW yakin tiada ‘pendakwaan berpuluh-pilih’ oleh agensi penguatkuasaan di dalam negara bagi menegakkan keadilan untuk semua.

Haji Jais Abdul Karim
Presiden MCW

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here