Tun Mahathir tubuh parti baharu tidak terikat PH atau PN

"Parti ini akan bersifat inklusif dan moderat dan akan memperlihatkan kepada bangsa-bangsa lain bahawa orang Melayu adalah bangsa yang tidak khianat, berpegang kepada janji dan tidak menolak kerjasama yang ikhlas dan berprinsip."

2
3836

Dr Mahathir Mohamad akan menubuhkan sebuah lagi parti yang “akan berasas kepada pejuangan untuk orang Melayu dan peribumi” sebagaimana Bersatu yang diasaskannya sebelum ini.

“Untuk kami teruskan perjuangan asal kami, terpaksalah kami bebas diri atau menjadi ahli parti yang baru.

“Ini kerana parti-parti berasas kepada Melayu dan peribumi yang wujud hari ini telah menggadi maruah bangsa, agama dan hala tuju perjuangan kepada golongan yang gilakan kuasa,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Al-Bukhary hari ini.

Bagaimanapun, jelas beliau parti baru yang belum dinamakan itu tidak akan terikat dengan mana-mana parti campuran “iaitu tidak bersama Pakatan Harapan dan tidak juga dengan Perikatan Nasional.”

“Parti ini akan bersifat inklusif dan moderat dan akan memperlihatkan kepada bangsa-bangsa lain bahawa orang Melayu adalah bangsa yang tidak khianat, berpegang kepada janji dan tidak menolak kerjasama yang ikhlas dan berprinsip.

“Parti ini juga bertujuan untuk menebus kembali maruah bangsa yang terpalit dengan sifat khianat, menipu, membohong, rasuah dan tamak akibat perbuatan pemimpin parti-parti Melayu yang lain,” katanya.

Beliau memberikan jawapan sama ‘tidak terikat’ ketika ditanya mengenai kemungkinan kerjasama dengan Warisan.

Menjelaskan lanjut mengenai asas perjuangan parti baru itu, Dr Mahathir berkata matlamatnya masih bertujuan “menghapus rasuah dan kleptokrasi” dan menegaskan perjuangan wadah politik baru itu “berasas semangat, bukan duit.”

“Ahli hendaklah pegang kepada perjuangan ini.

“Tidak ada jaminan bagi sesiapa untuk jawatan tertentu dalam parti atau dalam kerajaan,” katanya.

https://bit.ly/30zZhfk

Please follow and like us:

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here