Kekayaan pengasas Facebook cecah RM418 bilion setelah saingan Tik Tok dilancarkan

0
692
FOTO: Wikimedia Commons/Anthony Quintano from Honolulu, HI, United States / CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/2.0)

Oleh Fetty Rara

PENGASAS Facebook Mark Zuckerberg hari ini menyaksikan kekayaan peribadinya meningkat kepada RM418 bilion (USD100 bilion) selepas pelancaran aplikasi video pendek platform media sosial Instagram.

Pada Rabu lalu Facebook mengumumkan pelancaran Instagram Reels di Amerika Syarikat, yang merupakan saingan kepada aplikasi berkontroversi milik China, Tik Tok.

Berikutan itu semalam nilai saham Facebook melonjak sebanyak 6%. Zuckerberg memegang kepentingan 13% dalam syarikat tersebut.

Dengan anjakan itu maka beliau menyertai senarai tokoh teknologi terkaya di dunia selain pengasas Amazon Jeff Bezos dan pengasas Microsoft Bill Gates dalam apa yang dikenali sebagai ‘Centibillionaire Club’, lapor bbc.com.

Sejak kebelakangan ini nama bos-bos syarikat teknologi menonjol seiring perkembangan saiz dan kuasa syarikat yang memberangsangkan dan sekali gus melonjakkan kekayaan mereka.

Sejak penularan pandemik Covid-19 syarikat Facebook, Amazon, Apple dan Google antara yang menyaksikan nilai saham masing-masing meningkat dengan tinggi kerana dunia beralih kepada kaedah dalam talian untuk membeli-belah, berhibur dan bersosial.

Menurut Bloomberg kekayaan peribadi Zuckerberg naik sebanyak RM92 bilion (USAD 22 bilion) tahun ini, sementara kekayaan Bezos membesar lebih daripada RM313 bilion (75 bilion).

Aplikasi Instragram Reels milik Zuckerberg dilihat sebagai cabaran kepada platform berkontroversi China, Tik Tok.

Pelancaran aplikasi tersebut dianggap tepat pada waktunya kerana semalam Presiden AS Donald Trump telah mengeluarkan arahan eksekutif bagi mengharamkan Tik Tok yang didakwanya sebagai ‘ancaman’ kepada keselamatan AS.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here