Sebab SPRM tidak minta akaun dan resit rasuah Guan Eng

0
5132
KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng kelihatan keluar dari Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta hari ini. Lim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang dan dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua orang penjamin. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kenapa SPRM tidak minta akaun & tunjukkan duit rasuah Lim Guan Eng, ini sebabnya:

1. Tuduhan terhadap YB Lim Guan Eng (LGE) ialah kesalahan meminta rasuah iaitu 10 peratus dari keuntungan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

2. Faktanya, perbuatan meminta, memujuk merayu sesuatu suapan rasuah walau pun belum terima suapan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayaia (SPRM) 2009.

3. Dalam kes berkenaan, LGE meminta daripada Dato’ Zarul Ahmad Mohd Zulkifli (pemilik Zennith Consortium) yang LGE hendak 10 peratus dari keuntungan projek untuknya.

4. Ini suatu bentuk perjanjian yang Zarul mesti setuju (bahagian untuk LGE sebanyak 10 peratus), maka barulah projek terowong ini sah diserahkan pada Zennith Consortium.

5. Apabila Zarul setuju dengan syarat LGE (10 peratus), maka LGE akan mainkan peranannya bagi memastikan syarikat Zennith Consortium dapat projek ini.

6. ‘Berkat’ perjanjian 10 peratus ini, maka LGE mainkan wayang sampailah syarikat Zennith Consortium dapat projek ini.

7. Memanglah projek ini dibuat secara tender, tetapi keistimewaan yang diberikan LGE kepada syarikat Zennith Consortium termasuk bagi siap-siap spesifikasi dan harga siling projek.

8. Jadi, macam mana boleh tidak dapat? Kenapa tidak bagi spesifikasi projek pada penender-penender yang lain sekali?

9. Inilah wayang dalam proses tender. Buat tender terbuka hanya untuk tutup mata rakyat dan pihak berkuasa.

10. Bahagian 10 peratus yang dijanjikan masih belum dibayar Zarul kepada LGE sebab projek masih diperingkat kajian kebolehlaksanaan.

11. Ingat balik, 10 peratus dari keuntungan syarikat. Projek tidak selesai maka keuntungan belum tahu berapa, sebab itu bayaran 10 peratus tidak dilunaskan lagi. Jadi buat apa cerita SPRM tidak tanya mana pergi duit? tidak minta akaun?.

12. SPRM betul-betul fokus. Tuduh LGE meminta suapan iaitu 10 peratus. Pembuktian akan menunjukkan semua perbuatan dan penipuan LGE untuk pastikan Zarul dapat projek. Jadi, Zarul boleh lunaskan janji 10 peratus tersebut.

13. Tunggu perbicaraan nanti, kita tengok putar belit LGE yang dianggap tokong suci akan terbogel satu persatu.


-BebasNews 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here