[VIDEO] Geram sangat: Peniaga ini sanggup gadai nyawa dedah kegiatan seludup rokok, mafia judi haram dan rasuah di Sg Buloh

    "Terima kasih kerana berkongsikan video itu. Saya akan ambil tindakan" - Ketua Polis Negara

    0
    5736

    [KEMASKINI]

    SEBUAH video yang dirakam oleh seorang peniaga Bumiputera di Sungai Buloh, Selangor telah melondehkan kerakusan warga asing dan pihak-pihak yang dikatakan dilindungi kumpulan tertentu berniaga di serata tempat tanpa diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

    Bukan pendatang asing sahaja yang menjual rokok-rokok seludup, malah kegiatan berleluasa premis-premis judi yang dijalankan oleh ‘mafia-mafia’ tempatan. Dia juga mendedahkan kononnya kegiatan itu “dilindungi” oleh pihak berkuasa tempatan.

    Beliau yang menyatakan bahawa selepas menularkan video tersebut beliau akan membawa keluarganya bersembunyi kerana tidak mustahil beliau akan maut di tangan mereka kerana berani mendedahkan perkara tersebut.

    BebasNews yang bertanyakan kegiatan itu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador diberitahu:

    “Terima kasih kerana berkongsikan video itu. Saya akan ambil tindakan.”

    Ikuti video ini…

    Bismillah… dengan pendedahan ini saya mungkin akan di bunuh… jika saya mati dibunuh saya harap tuan2 tahu siapa punya angkara… mari saya tunjukkan bagaimana MBSA pilih bulu, anda nilai lah sendiri intergriti ketua MBSA Cawangan Sungai Buluh…

    Posted by Hot Burger Malaysia on Sabtu, 8 Ogos 2020

    BebasNews
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here