Covid-19 bantu Nintendo catat laba luar biasa

0
561
FOTO: Nintendo.com

UNTUNG… Ekoran ramai penduduk ‘terperap’ di rumah ketika perintah berkurung kerana elak wabak maut Covid-19, Nintendo berjaya raih keuntungan bersih 106.4 bilion yen (RM4.2 bilion).

Laba luar jangkaan tersebut dicatat pada suku pertama tahun ini susulan permintaan luar biasa bagi industri pemainan video itu dalam kalangan warga Jepun sendiri yang jemu duduk di rumah.

Ironi, kejayaan berkenaan dicapai ketika dunia berdepan krisis kesihatan global yang beri kesan besar terhadap sektor ekonomi sejagat dan domestik apabila semua jenis industri terjejas teruk.

Bagaimanapun sektor permainan video pula telah dapat faedah daripada perintah berkurung dan kawalan pergerakan yang mengakibatkan ramai penduduk dikerah berada di kediaman sendiri.

Sebaliknya, Nintendo menerusi satu kenyataan berkata, ia mampu kaut untung besar lebih enam kali ganda peningkatan daripada 16.6 bilion yen (RM656 juta) dicatat tempoh sama tahun lalu.

Penjualan berganda kepada 358 bilion yen (RM14.2 bilion) malah berlaku seiring ketika trend permintaan bagi konsol Switch popular juga menunjukkan peningkatan bagi permintaan global.

“Peranti ini memasuki tahun keempat sejak pelancarannya dan penjualan keseluruhan kumpulan Nintendo Switch meningkat 166.6 peratus tahun-ke-tahun kepada 5.7 juta unit,” kata syarikat itu.

Nintendo yang berpusat di Kyoto itu merujuk model Switch Original dan Switch Lite yang dapat permintaan hangat ramai penggemar permainan video bagi isi masa sepanjang musim Covid-19.

Bahkan, firma diasaskan Fusajiro Yamauchi pada 1889 itu dilapor perlu tambah lagi pengeluaran Switch sekitar 25 juta unit bagi rekod fiskal tahun ini daripada 22 juta unit sahaja pada April lalu.

Ia dibuat untuk penuhi permintaan amat tinggi waima senario serupa dicatatkan firma elektronik Jepun yang lain termasuk Sony Corp menerusi pelbagai model permainan hiburan Playstation.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here