Covid-19: 13 kes baru, 9 sembuh

0
327

SEBANYAK 13 kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 9 pesakit sembuh hari ini.

Jumlah kematian kekal 125 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seorang pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 9,083 kes Covid-19 dengan 8,784 daripadanya sudah sembuh.

Ketika ini, 174 pesakit Covid-19 dirawat di seluruh negara.

https://bit.ly/31yBD2f

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here