Orang ini tunjuk cara terbaik naik kapal terbang era norma baharu

0
343
FOTO: Instagram James Asquith.

Oleh Fetty Rara

SEKTOR penerbangan masih terkesan teruk oleh pandemik Covid-19 pada 2020.

Syarikat-syarikat penerbangan mengalami kerugian berbilion dolar kerana perintah ‘lockdown’ dan penutupan sempadan yang masih berkuasa kuasa di kebanyakan negara.

Bagaimana pun, kepintaran seorang penumpang untuk mengharungi kepayahan dengan cara mengenakan pakaian angkasawan lengkap telah membolehkan beliau dibenarkan untuk terbang bersama American Airlines.

Bagi pengasas dan ketua eksekutif syarikat Holiday Swap, James Asquith apa yang dilakukannya itu merupakan amalan lengkap yang melangkaui mana-mana SOP, mahu pun tata cara sebagai penumpang kapal terbang semasa pandemik Covid-10.

Apabila berpakaian begitu dan tampil ke pintu masuk pesawat selepas ‘check-in’ beliau terpaksa dilepaskan masuk oleh pengawal walaupun dirasakan lucu dan luar daripada kebiasaan.

Asquith memuat naik gambar beliau berpakaian sedemikian ke akaun Instagram beliau bersama kapsyen ‘Mengambil langkah perlindungan Covid-19 ke tahap lebih tinggi’.


-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here