Pelitup mulut senyum jadi trend di Perancis

0
244
coronavirus covid-2019 Girl in mask fear

CERIA… Ketika semakin ramai terpaksa memakai pelitup separa muka di khalayak disebabkan pandemik berbahaya Covid-19, imej senyuman kian lenyap daripada kehidupan normal insan.

Justeru, bagi atasi masalah penampilan suram itu, sebuah syarikat di Perancis ambil peluang dengan cetak ‘senyuman’ pada depan pelitup yang dijual di seluruh negara Eropah tersebut, lapor barrons.

Tcheezebox yang berpangkalan di Lyon, kira-kira 400 kilometer dari ibu kota Paris, menyasarkan ingin cetus kembali hubungan mesra dengan pelanggan di sebalik krisis kesihatan virus korona.

Ini termasuk dengan meminta para pekerja mereka sendiri tampil memakai pelitup yang direka khas berwajah senyuman tersebut sebagai bahan kempen publisiti di samping promosi jualan.

“Kami sudah lancarkan pada awal sekatan pergerakan dan pihak syarikat pada mula tidak mahu terima kerana bimbang ia macam sindir suasana kebimbangan masyarakat terhadap Covid-19.”

“Namun, kini mereka sudah sedar yang kita mesti hidup dalam norma baharu dengan pelitup selain lonjak banyak permintaan,” kata pengasas bersama Tcheezebox, Ludovic Bonhomme.

Beliau seterusnya berkata bahawa pelitup yang boleh dicuci untuk digunakan semula berulang kali itu nampaknya ada kesan sampingan positif dalam kehidupan warga Perancis ketika ini.

“Saya keluar pergi beli-belah dengan pakai ini dan orang senyum kepada saya,” kata Bonhamme merujuk suasana ‘muram’ sebelum itu ekoran corak kosong pada pelitup biasa yang lazim dijual.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here