Selangor catat 1,114 kes nikah tidak ikut prosedur sah

0
413

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM — Selangor mencatatkan sebanyak 1,114 kes pernikahan tanpa prosedur yang sah sejak empat tahun lalu.

Bagi tempoh lapan bulan pertama, kesnya berjumlah sebanyak 136 kes berbanding 319 kes bagi tempoh setahun penuh.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd.Shahzihan Ahmad, kes pernikahan sebegini boleh menimbulkan banyak masalah dalam masyarakat jika tidak ditangani termasuk mendaftar kelahiran anak dan juga nikah cerai.

Beliau dalam sidang akhbar di sini berkata, pernikahan mengikut prosedur sah akan menjaga kebajikan ibu atau isteri yang terbabit berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003.

Mohd.Shahzihan berkata demikian ketika mengulas tularnya video pernikahan ‘pelik’ antara pengantin lelaki warga asing dan wanita tempatan menggunakan juru nikah tidak bertauliah di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, orang ramai bertanggungjawab untuk memastikan tidak berlaku kes pernikahan tanpa prosedur yang sah dengan melaporkan kepada pihak berkuasa.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here