Trump umum empat lagi Arahan Eksekutif

0
396
FOTO: WEikimedia Commons.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump telah menandatangani empat lagi Arahan  Eksekutif bagi memperluaskan langkah-langkah memulihkan ekonomi untuk beratus juta rakyat negara itu.

Arahan tersebut dikeluarkan ketika ura-ura diperkatakan bahawa pakej rangsangan ekonomi keempat dihalang oleh Kongres.

Pakej tersebut termasuk rancangan tambahan peruntukan persekutuan sebanyak USD600 (RM2,514) seminggu sebagai faedah pengangguran akan dibayar semula pada kadar hanya USD300 (RM1,257), bersama tambahan USD100 (RM419) dibayar oleh pihak negeri.

Bagaimana pun, menurut portal berita politico setakat ini belum jelas sama ada bayaran oleh pihak negeri akan dibuat pada peringkat ini.

Pada Julai lalu bayaran tersebut telah mampu merangsang aktiviti ekonomi dengan mencatatkan 15% daripada jumlah gaji negara.

Bantuan bernilai USD44 bilion (RM184 bilion) yang dijangka bertahan sehingga 6 Disember depan itu akan diperoleh daripada Dana Bantuan Bencana berjumlah USD70 bilion (RM293 bilion).

Sebagai tambahan, cukai ke atas gaji pula akan ditangguhkan sehingga 31 Dis bagi pekerja yang menerima kurang daripada USD100,000 (RM419,000) sementara pembayaran balik pinjaman pelajaran juga akan ditangguhkan tanpa faedah.

Dalam pada itu moratorium ke atas pengusiran penyewa tidak lagi dilanjutkan, tetapi pihak berkuasa perumahan diarahkan supaya mencari jalan untuk membantu penyewa yang kehilangan tempat tinggal.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here