Letupan Beirut: Kerajaan Lubnan undur diri ketika kemarahan rakyat meningkat

0
373

Oleh Fetty Rara

SELURUH barisan kepimpinan kerajaan Lubnan telah mengundurkan diri semalam.

Ia berlaku ketika rakyat begitu marah di atas tragedi letupan di pelabuhan Beirut Selasa lalu yang memusnahkan beberapa bahagian bandar raya tersebut dan menyebabkan lebih 200 orang terbunuh.

Pengumuman dibuat menerusi TV oleh Perdana Menteri Hassan Diab semalam, lapor bbc.com.

Sebahagian besar rakyat Lubnan menyalahkan barisan kepimpinan negara itu di atas apa yang dilihat sebagai kecuaian melampau yang berlaku disebabkan rasuah dalam kerajaan.

Kini masuk tiga hari berturut-turut penunjuk perasaan keluar ke jalan raya untuk bertempur dengan polis.

Tragedi tersebut disebabkan oleh api yang mencetuskan letupan besar pada stok simpanan lebih 2,750 tan ammonia nitrat di sebuah gudang.

Sementara itu Presiden Michel Aoun telah meminta supaya kerajaan meneruskan pentadbiran di atas kapasiti kerajaan sementara sehingga kabinet baharu ditubuhkan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here