Aniq Asri tekad terus tuntut ilmu bolasepak di Sepanyol

0
404
Aniq Asri ketika beraksi di padang bola sepak

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM — Pemain bolasepak berpotensi besar, Aniq Asri Nasharudin bertekad untuk terus menuntut ilmu bola di Malaga City, Sepanyol dalam merealisasi cita-citanya menjadi pemain ternama dunia satu hari nanti.

Aniq Asri berkata, beliau terpaksa pulang ke tanahair lebih sebulan awal pada tahun ini setelah menjalani latihan bolasepak di Akademi Bolasepak Malaga City.

“Wabak Covid-19 yang agak serius di sana menyebabkan saya pulang ke Malaysia. Saya sekarang sedang proses pulih daripada kecederaan.

“In sha Allah saya akan kembali menyambung latihan dan pengajian ilmu bolasepak di Malaga City Januari tahun depan,” kata beliau kepada Bebas News di sini hari ini (12 Ogos).

Aniq Asri berhasrat untuk membalas jasa bapanya, Datuk Nashrudin Elias (atau lebih dikenali dengan nama Nash) yang menanggung segala perbelanjaannya di Sepanyol dengan mewakili negara ke pertandingan besar pada masa akan datang.

Katanya lagi, latihan intensif di Malaga City bersama-sama pemain tempatan Sepanyol dan antarabangsa memberikan pegalaman besar kepada dirinya.

Datuk Nash yang juga penyanyi popular ketika ditemui di sini berkata, beliau sanggup berkorban wang ringgit setelah melihat komitmen anaknya dalam sukan tersebut.
Katanya, Aniq Asri juga agak cemerlang dalam pelajaran dan merupakan pelajar sekolah antarabangsa di negeri ini.

“Saya berharap dengan komitmen beliau dalam sukan bolasepak dan pelajaran dia akan berjaya menjadi pemain ternama dunia seperti Lionel Messi dan Christiano Ronald,”kata Nash lagi.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here