PEJUANG, parti baharu Tun Mahathir

0
429

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan parti baharu yang ditubuhnya sebagai Pejuang.

Menerusi entri di blog Chedet hari ini, Mahathir berkata pertikaian dalam PPBM menyebabkan beliau menubuhkan parti baharu itu.

“Kita tubuh parti untuk selamatkan kita. Parti kita ‘dihijack’ untuk selamatkan musuh kita.

“Demikian PPBM. Ditubuh untuk hapuskan kleptokrat. Sekarang beralih untuk selamat kleptokrat.

“Pilih parti kami. Pilih Pejuang,” kata bekas pengerusi PPBM itu.

Asas penubuhan parti baharu itu mengambil “DNA” asal PPBM sebelum ini, yang lari daripada perjuangan diterajui Muhyiddin Yassin.

Parti itu diterajui bersama 6 pemimpin PPBM yang hilang keahlian selepas mengambil pendekatan tidak menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui Muhyiddin.

Mereka ialah Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Maszlee Malik, Amiruddin Hamzah, Marzuki Yahya dan Sharuddin Mat Salleh.

https://bit.ly/33QoAff
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here