PTPTN catat untung pelaburan RM118.46 juta

0
755

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mencatat
keuntungan pelaburan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM118.46 juta bagi tempoh setengah tahun pertama tahun 2020.

Keuntungan pelaburan tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 19.66 peratus berbanding
RM99.00 juta bagi tempoh yang sama tahun 2019, kata PTPTN dalam kenyataannya di sini.

Peningkatan keuntungan ini disokong oleh kaedah pelaburan patuh syariah berjangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan yang melindungi prinsipal, di samping memberikan pulangan atau keuntungan yang tinggi dan positif.

Pemantapan strategi pelaburan dengan menumpukan kepada simpanan tetap jangka panjang berjaya mengurangkan tekanan daripada pasaran ekuiti yang tidak menentu di peringkat global.

Jumlah deposit yang diterima adalah sebanyak RM682.02 juta berbanding RM425.00 juta pada tempoh yang sama tahun 2019. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak RM257.02 juta atau 60.48%, sekali gus menjadikan deposit SSPN keseluruhan sehingga Jun 2020 berjumlah RM6.57
bilion.

Berikut kenyataan penuh PTPTN.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here