‘Beratus maut’ kerana maklumat salah tentang Covid-19

0
379

Oleh Fetty Rara

SEKURANG-kurangnya 800 orang maut di serata dunia setelah mempercayai maklumat karut tentang Covid-19 sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.

Satu laporan penyelidikan yang diterbitkan dalam The Journal of Tropical Medicine and Hygiene berkata kira-kira 5,800 orang dimasukkan ke hospital berikutan kemudaratan setelah mempercayai maklumat salah dalam media sosial, lapor bbc.com.

Mereka secara membuta percaya segala dakwaan produk dan petua tidak berasas yang kononnya dapat menghindari atau mengubati jangkitan Covid-19.

Tidak kurang ramai juga yang maut kerana mempercayai petua supaya minum cecair pencuci berasaskan alkohol dan metanol.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini berkata bahawa ‘infodemik’ berhubung Covid-19 tersebar dengan begitu luas, seperti mana virus tersebut menular ke serata dunia.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila teori konspirasi, khabar angin, berita palsu dan stigma budaya turut menyumbang kepada kematian dan kecederaan yang tidak sepatutnya berlaku.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here