Ombak kedua Covid-19 di New Zealand akan lebih buruk

0
315

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

OMBAK kedua wabak Covid-19 di New Zealand akan menjadi lebih buruk sebelum beransur reda setelah 13 jangkitan tempatan disahkan.

Susulan itu Perdana Menteri Jacinda Ardern mengarahkan supaya seluruh bandar raya Auckland kembali diletakkan di bawah perintah ‘lockdown’ berikutan empat kes yang membabitkan sebuah keluarga dikesan awal minggu ini, lapor bbc.com.

Jangkitan terbaharu itu mengejutkan penduduk memandangkan negara tersebut tidak mencatatkan sebarang jangkitan selama 102 hari.

Auckland kini diletakkan bawah perintah ‘lockdown’ selama tiga hari.

Daripada kes-kes terbaharu itu 13 didapati mempunyai kaitan dengan sebuah keluarga, sementara satu merupakan ketibaan dari seberang laut yang dikuarantin.

Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand Dr Ashley Bloomfield berkata siri jangkitan terbaharu ini mungkin menular sejak beberapa minggu lalu kerana kes asal mula menunjukkan gejala seawal 31 Julai lalu.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here