Demi rambut, Trump arah ubah peraturan kadar pancuran air mandi

    0
    380

    ANEH… Mungkin ramai maklum mengenai fesyen rambut Donald Trump, namun gaya unik itu turut mengakibatkan kadar pancuran air mandi perlu ‘diubah’ di seluruh Amerika Syarikat (AS).

    Media negara tersebut melaporkan, peraturan sejak 1992 sudah lama menetapkan bahawa paip mandi tidak boleh keluar air lebih daripada 9.5 liter pada setiap minit bagi elak risiko pembaziran.

    Namun, undang-undang tersebut tidak begitu digemari Presiden AS itu dan beliau mengarahkan Jabatan Tenaga untuk pinda perkara berkenaan agar dirinya dapat menikmati lebih pancuran air.

    Perubahan kecil itu membolehkan Trump mampu ‘rasai’ banyak air daripada pelbagai muncung berbanding ketika ini yang mengehadkan semua muncung tersebut pancur tidak lebih 9.5 liter.

    “Ketika ini, walaupun saya ada banyak muncung dalam bilik air, kesemuanya masih pancur air tidak banyak sebab terikat dengan peraturan lama itu menyebabkan tekanan air menjadi kurang.

    “Sepatutnya setiap muncung boleh pancur 9.5 liter. Apakah anda kena diam ‘buang masa’ mandi begitu lama? Demi rambutku, saya harus pasti ia sempurna dan terus sempurna,” tegas Trump.

    Bagaimanapun, arahan eksekutif dari pemimpin Republikan berusia 74 tahun itu dikritik pelbagai organisasi alam sekitar kerana cuba galak rakyat tidak hargai nilai air untuk tujuan mandi sahaja.

    “Dengan empat atau lima muncung pancuran, pengguna akan bazir antara 38 liter hingga 57 liter air setiap minit dan ini cukup bagi ‘hanyut’ anda keluar dari bilik mandi,” kata Andrew deLaski.

    Pengarah eksekutif sebuah kumpulan pemuliharaan tenaga tempatan yang dikenali Appliance Standards Awareness Project itu seterusnya menyifatkan idea aneh oleh Trump sebagai karut.

    Sementara itu, naib presiden sebuah badan advokasi kepenggunaan, Consumer Reports turut selar peraturan baharu kerana sistem pancuran air mandi di AS memang direka standard tinggi.

    “Ia sudah memenuhi syarat dan tahap kepuasan para pengguna, malahan teknologi sedia ada selama ini bantu keluarga kurang berkemampuan dalam jimat banyak wang mereka,” jelasnya.

    Beliau dalam nada sinis berkata, jika Trump berasa tidak puas mandi terutama mahu rambutnya dibasah kemas, mereka ada banyak rujukan untuk muncung yang sesuai bagi tujuan berkenaan.

    BebasNews
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here