Keluarga reda dengan pemergian Abu Bakar Juah

2
717
Lakonan Allahyarham Abu Bakar Juah sentiasa memberi kesan kepada penonton.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

PELAKON yang sinonim dengan watak antagonis, Abu Bakar Juah, 72, menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 6.35 petang tadi akibat kanser hati di rumahnya, di Alam Damai Cheras.

Berita kematian beliau disahkan oleh anak keduanya, Zarith Abu Bakar kepada BH Online.

Jelas Zarith, mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah kerana Allah lebih menyayanginya.

Menurut Zarith, jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, pada pukul 10 pagi esok (16 Ogos).

Kira-kira dua minggu lalu, pelakon Matinya Seorang Patriot itu baru keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Keadaan kesihatan pelakon itu dilaporkan semakin merosot sejak awal tahun apabila penyakit kanser hati menyerang semula.

Pelakon Den Wahab sempat menziarah Allahyarham baru-baru ini.

Sejak dibenarkan pulang ke rumah, ramai kenalan arwah sama ada artis atau rakan sekerja di Jabatan Penjara turut mengambil kesempatan menziarahnya.

Antara rakan artis yang sempat berkunjung menziarahinya ialah Den Wahab bersama isteri, Nora Tamam dan Didie Alias.

Arwah disahkan menghidap kanser usus pada 2016.

Selepas menjalani 12 kali kimoterapi, doktor mengesahkan pelakon itu bebas daripada kanser.

Namun awal tahun ini, doktor mengesahkan beliau kembali diserang penyakit yang sama, malah lebih agresif hingga merebak ke hati. Selain kanser, arwah turut menghidap kencing manis.

Allahyarham yang pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Kanan Penjara di Penjara Taiping sebelum bersara pada 2004 berkahwin dengan Rusidah Mohd. Yassin pada 1980 dan dikurniakan empat orang anak.

Antara filem lakonan, adalah Senjakala (2011), Rempit Sampai Langit (2017) dan Dukun (2018).

Manakala drama dan telefilem lakonannya termasuklah Puaka Niyang Rapik, Ceplos, Gerak Khas, Tak Serupa Tapi Sama, Azam dan Wanita Terindah.

BebasNews
Please follow and like us:

2 COMMENTS

  1. Kali terakhir berjumpa dengan Allahyarham ketika saya bertugas di Penjara Kajang tahun 1989.
    Beliau amat baik dan dihormati oleh semua kakitangan penjara.
    Innallilahwainallilarajiun, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan beriman.

  2. Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah kepada isteri arwah dan anak2 beliau. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah. Saya salah seorang peminat beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here