Ernie Zakri, kini menjadi tunangan Syamel.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

TAHNIAH diucapkan kepada Syamel dan Ernie Zakri yang telah mengikat tali pertunangan secara rasmi semalam (15 Ogos) dalam satu majlis ringkas yang diadakan di kediaman Ernie.

Pasangan duet lagu Takkan Terlerai itu, hari ini (16 Ogos) memuat naik foto momen indah mereka yang dirakam oleh jurufoto professional (@sweetpictures_kl) di Instagram masing-masing.

Syamel atau nama penuhnya, Syameel Aqmal Mohd. Fodzly, 27, dan Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, sebelum ini tidak pernah bercerita secara terbuka tentang kisah percintaan mereka seperti artis lain.

Mereka mula dikatakan menjalin hubungan mesra pada 2018 selepas merakamkan lagu duet Aku Cinta yang turut mengangkat pasangan itu sebagai pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-32. Sebelum ini mereka menjadi pasangan untuk program Duo Star pada 2017.

Syamel dan Ernie belum tetapkan tarikh pernikahan mereka.

Malah gosip antara mereka semakin hangat diperkatakan apabila Syamel yang popular dengan lagu Hidup Dalam Mati memanggil Ernie dengan ungkapan Sayang.

Akhirnya, impian mereka untuk melangkah ke alam rumah tangga semakin dekat apabila mengambil keputusan untuk bertunang semalam.

Ernie kelihatan manis sepanjang majlis berlangsung.

“Alhamdulillah, terima kasih mendoakan yang baik-baik untuk kami. Semoga dipermudahkan urusan hingga akhir hayat. Semoga perjalanan yang bermula dengan majlis pertunangan yang serba sederhana bersama kaum keluarga ini diredai dan diberkati,” luah Ernie dalam Instagramnya, hari ini.

Pada majlis serba ringkas yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, Ernie menerima tiga dulang hantaran, berbalas lima dulang.

Cincin disarung sebagai tanda Ernie sudah ‘diikat’ oleh Syamel.

Sementara itu, Syamel melahirkan rasa syukur kerana hasrat untuk menyunting Ernie sebagai bakal suri hidupnya dipermudahkan Allah.

Setakat ini mereka boleh menetapkan tarikh pernikahan dan Syamel pula tidak mahu bertunang lama-lama.

–BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here