Aidil Maula ikuti kelas vokal sebagai persediaan

0
591
Aidil Maula harap single Pedih membawa rezeki kepada karier seni suaranya.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

BAGI memastikan dirinya tidak dilabel sebagai penyanyi yang tidak boleh menyanyi secara live (langsung), awal-awal lagi pendatang baharu, Aidil Maula memperlengkapkan diri dengan mengikuti kelas vokal.

Sebagai persediaan, Aidil Maula atau nama penuhnya, Rahmat Aidil Maula Md. Yusof, 26, telah menyertai kelas vokal bimbingan Adeep Nahar, atas saranan rakan-rakan dari dunia seni suara.

Jejaka tampan itu sedar, mungkin akan ada komen-komen negatif yang mendakwa beliau tidak boleh menyanyi, hanya bersandarkan kepada penampilan sahaja.

Jelas Aidil, sudah enam tahun beliau menyimpan hasrat untuk muncul sebagai penyanyi dan sekarang baru berpeluang merealisasikan impiannya itu.

Kelebihan Aidil Maula, beliau bukan sekadar menyanyi, malah mencipta lagu Pedih.

Bukan sekadar bergelar penyanyi, jejaka berasal dari Johor Bahru ini juga menunjukkan bakatnya sebagai komposer menghasilkan single sulungnya yang berjudul Pedih.

“Pedih, adalah lagu bergenre balada yang diilhamkan dari pengalaman saya yang pernah kecewa dalam percintaan. Waktu bercinta semuanya indah, kononnya percintaan yang dijalin itu tulus dan suci, akhirnya kecundang tanpa alasan yang kukuh dan kerana ego.

“Namun, kekecewaan tersebut ditukar menjadi sebuah kisah yang menarik apabila sesi meluahkan perasaan dibawa ke sesi jamming secara suka-suka. Kawan saya, Adry seorang komposer mula mainkan piano selepas saya ceritakan kisah sedih saya dan kemudian lirik masuk secara spontan macam tu sahaja.

Mahu buktikan bahawa beliau berbakat dan bukan bersandar kepada penampilan diri.

“Kejadian lebih tiga tahun lepas itu takkan saya lupakan. Siapa sangka, dari jamming macam biasa saja, lepas simpan tiga tahun dan jumpa dengan komposer yang berbakat besar, akhirnya lagu ini keluar juga,” cerita Aidil Maula apabila bertanya mengenai lagu yang menemui peminat sejak 21 Ogos lalu.

Lagu yang menggunakan khidmat Rafik Koncept dari The Koncetp Lab untuk susunan muzik itu diedarkan oleh Believe Digital Distribution kerana buat masa sekarang, Aidil bergerak secara solo.

Sebagai pendatang baharu dalam bidang seni suara, Aidil berharap single Pedih dapat membuka ruang kepadanya untuk menyertai pertandingan Big Stage, anjuran Astro.

Menyimpan impian untuk sertai program Big Stage.

“Selain menghasilkan single, saya juga menyimpan impian untuk menyertai pertandingan nyanyian tempatan seperti Big Stage. Saya harap sokongan orang ramai untuk single Pedih ini agar dapat membantu saya menyertai program tersebut.

“Saya mahu buktikan bahawa saya serius dalam bidang seni dan berkemampuan seperti penyanyi lain,” katanya yang mahu dikenali kerana bakat dan hasil seninya itu.

Aidil yang menjadikan penyanyi Indonesia Gamaliel dan Afgan sebagai idola berharap, lagu ciptaan dan dendangannya kelak, menjadi siulan ramai di masa akan datang.

Selain menyanyi, Aidil juga merupakan bekas arkitek dan pereka hiasan dalaman dan kini beliau bekerja di sebuah agensi perkhidmatan latihan di Kuala Lumpur.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here