Mira Filzah kongsi kisah cinta

0
1098
Mira Filzah dan Wan Emir Astar sedia berkongsi kisah perkenalan mereka dalam program In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SEMUA orang sudah tahu, pelakon Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Damansara, semalam (3 September).

Pasangan yang berkenalan menerusi Instagram itu secara eksklusif sedia berkongsi detik-detik perkenalan mereka dengan orang ramai menerusi program In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta.

Program berdurasi selama 30 minit itu akan disiarkan di saluran Astro 109 sebanyak lapan episod, pada pukul 9 malam, mulai 7 September ini.

In Love with Mira. Sebuah Cerita Cinta mengisahkan perjalanan pelakon, pengacara, model dan usahawan jelita tanah air  Mira dan  Wan Emir Astar dalam mencari jawapan kepada pelbagai persoalan tentang alam rumah tangga, sebagai persiapan untuk melangkah ke fasa kehidupan yang seterusnya.

Mesti ramai peminat Mira Filzah tak sabar nak tonton program ini yang mengungkap kisah cintanya dengan Wan Emir.

Saksikan Mira dan Wan Emir dalam pertemuan mereka dengan beberapa individu disegani bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan terbaik demi kelangsungan dan kebahagiaan hubungan kedua bakal mempelai itu sebelum ke jenjang pelamin dan selepas akad yang bakal menyatukan dua hati menjadi satu.

Individu-individu ini termasuklah Datuk Prof Dr. Muhaya, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Datuk Badli Shah, Imam Muda Asyraf, Ustazah Asni Mansor, dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.

Naib Presiden Saluran Perniagaan Melayu Astro, Azlin Reza Azmi berkata, sebagai saluran yang memfokuskan kepada kandungan gaya hidup Muslim moden, pihaknya amat teruja apabila dapat bekerjasama dengan figura serba boleh dan diminati ramai seperti Mira Filzah.

“Untuk menghasilkan sebuah kandungan yang cukup eksklusif ini. Audiens, terutamanya peminat Mira dapat mengenalinya dengan lebih dekat dan turut sama menyaksikan perjalanan beliau menuju ke gerbang perkahwinan.

Mira Filzah sah sebagai isteri Wan Emir dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis semalam, 3 September 2020.

“Penampilan istimewa tunang Mira, Wan Emir Astar, turut melengkapkan lagi program In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta ini. Kami begitu berbesar hati dengan kedua-dua bakal mempelai kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada Naura untuk merekodkan momen-momen terindah mereka, menjadikannya sebuah penceritaan yang cukup eksklusif dan tidak pernah lagi dipaparkan di mana-mana platform media yang lain.

“Kami yakin, program ini bukan sahaja boleh mencetuskan inspirasi buat wanita Muslim moden di negara ini, malah ia juga dapat memberikan perspektif baharu untuk mana-mana individu yang sebelum ini mungkin mempunyai pelbagai persoalan tentang perkahwinan yang masih tidak lagi terjawab.

Program kisah cinta Mira Filzah akan bersiaran di Astro 109 pada 7 September ini.

“Kehadiran tokoh-tokoh yang disegani seperti Datuk Prof Dr. Muhaya, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Datuk Badli Shah, Imam Muda Asyraf, Ustazah Asni Mansor, dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki semestinya dapat memberikan pandangan lebih luas dan terbuka tentang keindahan serta cabaran dalam sesebuah perkahwinan.

“Kami berharap, dengan penghasilan program In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta ini, audiens terutamanya mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, dapat memanfaatkan segala nasihat yang diutarakan barisan tetamu jemputan kami, dan turut sama berkongsi kegembiraan Mira dan tunang beliau dalam meniti hari-hari bahagia mereka,” jelas Azlin dalam satu kenyataan akhbar, baru-baru ini.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here