Vale laksana urus niaga block chain bijih besi pertama di Malaysia

0
393

KUALA LUMPUR  — Syarikat pelombongan global, Vale melaksanakan urus niaga blockchain yang pertama bagi kargo 170,000 tan bijih besi halus campuran Brazil dari Terminal Maritim Teluk Rubiah (TRMT) di Lumut, Perak ke China.

Urus niaga itu dibuat dengan kerjasama Nanjing Steel Group International Trade Co Ltd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Contour, eSS-Docs dan DBS Bank Ltd.

Dalam kenyataan bersama Standard Chartered Malaysia, Vale, satu daripada syarikat pelombongan terbesar dunia berkata, ia merupakan jualan pertamanya bagi bijih besi menggunakan teknologi blockchain.

Beliau berkata urus niaga itu dijalankan oleh Standard Chartered Malaysia, manakala surat kredit (LC) dikeluarkan menerusi platform blockchain kontur dan dokumen penghantaran dan bil muatan elektronik dipindahkan melalui eSS DOCS dalam platform tunggal.

“Sistem itu adalah bersepadu, memberikan ketelusan menerusi dokumentasi yang boleh dilihat dalam masa nyata kepada semua pihak berkepentingan dan mengurangkan bilangan emel dan pertukaran kertas kerja secara drastik antara pihak yang terlibat,” katanya.

Ketua Eksekutif Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd, Rodrigo Ribeiro de Araújo berkata TRMT memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan global Vale dengan mewujudkan fleksibiliti yang lebih baik kepada pelanggannya di China — pasaran bijih besi terbesar dunia.

“Kejayaan ini menunjukkan langkah ke depan Vale untuk meneroka ekonomi digital dan menekankan keupayaan ekosistem kewangan digital Malaysia untuk tampil dengan penyelesaian inovatif bagi perdagangan rentas sempadan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia, Abrar A Anwar berkata bank itu berbesar hati untuk melaksanakan LC menggunakan blockchain yang pertama di negara ini.

“Ini menunjukkan komitmen dan keupayaan digital bank ini bagi menyokong perdagangan rentas sempadan menggunakan platform teknologi terkini,” katanya.

— BERNAMA

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here