Persidangan halal sedunia secara hibrid bulan depan

0
313

PETALING JAYA – Halal Development Corporation (HDC) akan menganjurkan Persidangan Halal Sedunia 2020 ke-12 (WHC2020) secara hibrid yang mengabung acara secara maya dan fizikal pada Oktober 6, 2020 berikutan ancaman wabak pandemik Covid-19 yang belum berakhir.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hairol Ariffein Sahari, Covid-19 yang melanda dunia telah meningkatkan kesedaran para pengguna supaya mengutamakan kebersihan, sihat dan selamat, iaitu sinonim dengan halalan toyiban yang menjadi teras kepada industri halal.

“Permintaan untuk produk-produk yang bersih and selamat dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang berikutan kesedaran yang semakin meningkat di kalangan para pengguna,” kata beliau.

“Pandemik ini telah memperkuatkan anjakan berterusan dalam tingkah laku pengguna. Jelas sekali COVID-19 telah mempercepatkan peralihan pengguna kepada penggunaan digital, memacu pergerakan ke arah ekonomi digital, ” tambahnya.

Beliau menyifatkan penganjuran WHC2020 dianjurkan tepat pada waktunya untuk membincang secara lebih lanjut dan mengemukakan cadangan tentang bagaimana sektor halal harus menangani kesan daripada pandemik; dan susulan pendigitalan yang dipergiatkan, peralihan kepada ekonomi dunia baharu.

Katanya, perubahan tingkah laku pengguna ini menjadi kebiasaan dalam tempoh jangka masa panjang, persidangan ini juga akan mengkaji bagaimana untuk menghadapi cabaran dan peluang daripada peningkatan permintaan global untuk produk dan perkhidmatan halal.

Persidangan WHC2020 yang diadakan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala ucapan pembukaan disampaikan oleh Menteri Kanan, Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pada persidangan pasca Covid-19 kali ini, ia akan menampilkan antara lain pembentang terdiri daripada panel Duta yang akan bercakap mengenai pemerkasaan komuniti bagi merangsang ekonomi semasa tempoh pemulihan, pengerak industri akan menyentuh mengenai tanggungjawab pengeluaran dan penggunaan serta memacu pertumbuhan ekonomi Halal menerusi Kewangan Islam.

Sesi panel akan membincangkan isu yang sangat relevan terhadap perubahan pasaran semasa dan bakal mewujudkan perkongsian idea untuk maju ke hadapan dalam mod pemulihan pasca pandemik.

Persidangan Halal Sedunia 2020 yang dianjurkan secara tahunan ini terkenal sebagai platform untuk menghubungkan pakar-pakar antarabangsa di peringkat ketua-ketua kerajaan, cendiakiawan, usahawan-usahawan dan pemain-pemain industri untuk menerokai dan berbincang mengenai pelbagai cabaran dan peluang dalam Ekonomi Halal bagi menentukan hala tuju industri halal pada masa hadapan.

Platform maya akan membolehkan para delegasi daripada seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman dan cabaran yang dalam industri halal untuk menghadapi pelbagai perubahan berpunca daripada pandemik, secara positif dan negatif, untuk mengembangkan ekonomi halal yang secara konsistennya semakin berkembang.

HDC menjangkakan penyertaan kira-kira 300 delegasi jemputan di MITEC yang mematuhi Prosedur Operasai Standard yang ditetapkan oleh kerajaan dan juga kurang 1,500 delegasi maya.

Bagi mereka yang masih belum mendaftar, bolehlah menghubungi Sekretariat HDC di 1-800-880-555 / 03 7965 5444 (Malaysia). Bagi delegasi di luar Malaysia, sila hubungi +603 7965 5400 di antara 8.30am hingga 5.30pm (GMT+8), Isnin hingga Jumaat. Atau sila email [email protected].

– BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here