Covid-19: Ujian vaksin di Oxford University ditangguh, peserta jatuh sakit

0
527
FOTO: Oxford University.

Oleh Fetty Rara

UJIAN klinikal tahap akhir ke atas vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh AstraZeneca dan Oxford University ditangguh sementara kerana seorang daripada sukarelawan yang disuntik vaksin tersebut jatuh sakit.

Menurut AstraZeneca penangguhan itu adalah perkara biasa susulan kemudaratan yang dialami pesakit tanpa sebab, lapor bbc.com.

Hasil dan perkembangan ujian beberapa vaksin yang dihasilkan oleh beberapa pihak diawasi dengan teliti di seluruh dunia.

Bagaimana pun, banyak pihak berasa yakin bahawa vaksin yang dihasilkan oleh AstraZeneca mempunyai potensi untuk berjaya dan bakal muncul sebagai jenama pertama boleh dipasarkan setelah berjaya ujian Fasa 1 dan Fasa 2.

Ujian Fasa 3 membabitkan seramai 30,000 peserta sukarela di Amerika Syarikat, United Kingdom, Brazil dan Afrika Selatan.

Laman web perubatan, Stat News yang mula sekali melaporkan perkembangan terbaharu itu berkata butiran terperinci reaksi negatif yang dialami oleh seorang peserta Fasa 3 vaksin Astra Zeneca itu belum diumumkan.

-BebasNews

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here