Sampai masa diwujudkan Akademi Olahraga Kebangsaan – Siri 2

0
1350
Oleh Detektif Sukan

 

SALAM OLAHRAGA. Sebagai meneruskan kesinambungan berkenaan idea galakan penubuhan Akademi Olahraga Kebangsaan, Detektif Sukan (DS) merasakan penglibatan semua pihak amatlah ditagihkan.

DS diberitahu satu gerak kerja telah dibentuk oleh sekumpulan pihak sebagai pencetus bagi merealisasikan agenda ini.

Alangkah bahagianya panggilan bersahut agar apa yang diimpikan oleh pencinta olahraga ini bakal menjadi nyata.

Keseriusan ini ditambah lagi dengan kenyataan terkini daripada bekas jaguh atlet 400m wanita negara, P. Kuganeswary di dalam twentytwo13.my “Malaysia’s Athletics Scene “going down and down” juga kenyataan dari satu-satunya atlet pecut wanita di dalam program prestasi tinggi olahraga, Azreen Nabila Alias di media Stadium Astro semalam.

Semuanya ‘sudah terang lagi bersuluh’ betapa matlamat ini amat ditagih oleh semua pihak. Sudah tidaj mampu untuk ‘bertabah’ lagi wahai kepala sukan olahraga negara sekalian.

Kami dambakan perubahan segera!

Sebagai bantuan, DS ada melakukan beberapa kajian keberkesanan agar pembuatannya lebih strategik.

Diambil dari konsep kebanyakan akademi luar yang cemerlang seperti model di Eropah terutamanya UK dan Amerika Syarikat (AS). Bagi menjamin kejituan proses membina.

Kerjasama erat di antara KOM dan universiti-universiti awam mahupun swasta sebagai asas pertama. KOM perlu mulakan langkah bukan hanya bersikap menunggu dan harus proaktif.

Kebanyakan universiti di dalam negara mempunyai prasarana dan kemudahan yang ‘up to the standard’ dan boleh diusahakan pula untuk bina gelanggang indoor bukan hanya untuk mengelakkan hujan tetapi lokasi atau tapak bermulanya segala bentuk ujian asas mahupun spesifik.

Sebagai contoh bolehlah diambil model seperti “Athletics Performance Academy” yang mempunyai lebih 25 tahun pengalaman melatih atlet profesional dan merangkumi keseluruhan pembelajaran dan pengajaran dari segenap peringkat usia.

Ia turut dikembangkan menjadi akademi berbayar kepada beberapa program khusus dan juga program ‘virtual’ dan antara yang terbaik daripada puluhan yang boleh didapati di United Kingdom. (Rujuk pautan di https://athleticperformanceacademy.co.uk/) dan juga Amerika Syarikat (rujuk pautan di https://www.getfasttoday.com/)

Langkah seterusnya, barulah diminta bantuan dan kerjasama dari KBS atau MSN dan juga ISN.

Janganlah mencari mereka diperingkat awal kerana mereka pun ada limitasi dalam hal ini.

Peranan mereka adalah lebih kepada perancangan program yang lebih komprehensif dan padat terutamanya dari segi prestasi tinggi mahupun seawal peringkat bakat lagi.

Apa pula halnya dengan agensi lain seperti KPM dan KPT?

Mereka akan membantu KOM dalam usaha memberikan ‘aset’ penting dari kejayaan sesuatu sukan iaitu atlet.

Dari segenap peringkat bermula dari bakat di sekolah rendah, multilateral di peringkat menengah dan seterusnya pelapis dan elit kebangsaan di IPT.

Secara tidak langsung perkembangan akademik dan sukan bagi mereka bergerak seiring.

Ia akan mudah dijadikan nyata dengan kerjasama jitu dari semua pemain sukan negara dengan sedikit usaha dan kemahuan semuanya hasrat ini boleh direalisasikan.

Bak kata pepatah ‘Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya’.

Memang patutlah Malaysia perlu ada ‘akademi sulung’ sebelum terlambat ditelan arus kemodenan dan kesungguhan negara lain membangunkan sukan ini.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here